Berdikari
Setiap orang ada persepsi sendiri mengenai "independent' itu sendiri,
"Mama, berdikari itu apa sebenarnya?" aku bertanya kepada ibuku.
"Berdikari itu bila adik mendapatkan sesuatu tanpa bantuan orang sekeliling adik, sebagai contoh bila mama dah tak ada nanti. Adik boleh melangsungkan hidup adik, masak sendiri, basuh baju sendiri, dan yang paling penting adik sudah bekerja dan ada duit sendiri." ibuku membalas
"Ibu, janganlah cakap macam itu." aku yang sedang menaip tiba-tiba berhenti
"Tahukan ibu, adik memang tak dapat hidup tanpa ada ibu" aku membalas lagi
"Ya adik, ibu bagi contoh supaya adik mudah faham apa konsep berdikari itu sebenarnya. Ajal maut dah jadi suatu kemestian bagi yang hidup, adik terima atau tak. Hakikat itu akan muncul juga, ibu harap sangat bila ibu dah tiada nanti adik dapat berdikari sendiri."
"Ibu" aku bermonolog sendirian.
Bagi aku, konsep berdikari itu adalah gaya hidup orang dewasa yang sudah matang dan belajar untuk 'thrive' untuk diri sendiri bila tiada orang disekeliling. Contoh ada orang yang tengah menyambung pelajaran dan dalam masa yang sama buat kerja sampingan untuk tidak membebankan orang tuanya. Tidak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang senang, dari kerja itu juga dapat menampung perbelanjaan setiap bulan.
Takkan nak harapkan duit dari ibu bapa sahaja? Tak kasihan ke dekat ibu bapa yang sudah lanjut usia tapi masih bekerja mencari duit untuk bagi anak-anaknya duit belanja setiap bulan? Kalau dilahirkan dalam keluarga yang 'wealthy' dan senang, tinggal minta yang diinginkan pasti akan muncul di depan mata. Tapi jika sebaliknya? Dari situ kita kena bekerja lebih sedikit untuk bantu diri sendiri.
Kisahku
Bermula bila aku dah mula menjejakkan diriku ke alam kolej, aku setiap hari belajar untuk berdikari sampai sekarang. Kalau inginkan sesuatu, aku cari duit sendiri untuk beli. Nak minta dengan ibu? Memang payah nak dikeluarkan oleh perkataan. Biarpun ekonomi keluargaku baik sahaja, aku tetap ingin berdikari. Selagi ada cara untuk menjana duit, aku cuba untuk lakukan. Bila ada peluang untuk bekerja, aku akan ambil sahaja. Tapi itulah, masa belajar pula jadi terganggu. Disebabkan azam yang kuat, aku bahagikan masa aku untuk kelas, tidur, belajar, dan kerja. Alhamdulillah setakat ini baik-baik sahaja.
Macam sekarang ini aku berkerja sebagai juruwang di kolej aku, berbagai pertanyaan juga diajukan kepada aku.
"Kau tak penat ke? Pagi petang kelas, malam bekerja?"
"Nak tunjuk contoh yang baik ke?"
"Bekerja jangan sampai lupa matlamat asal"
Aku cuma mampu tersenyum dengan persoalan ini.
Jika kita ada keinginan, semua penat lelah itu sebenarnya adalah suatu kepuasan. Aku letakkan 'mindset' bahawa hidup tanpa ada halangan dan cubaan adalah seperti ayam di dalam reban, tinggal tunggu petani memberi makan. Memang pada mulanya aku agak terhimpit dengan pelbagai masalah, tapi aku belajar untuk mengurus masa aku. Hidup ini tak sah kalau kita tak belajar, dari belajar kita dapat ilmu, dan dari ilmu kita praktikkan. Itulah prinsip yang aku selalu pegang.

Comments
Post a Comment