heartbreak (n.)
Seringkali ini terjadi apabila kita menyukai seseorang, diam-diam kita memandang dari jauh, memerhatikan setiap tindak-tanduknya. Mengikuti perkembangannya setiap masa di media sosial. Tapi adakah semua tindakan itu berbaloi dan membuahkan hasil.
Tapi hairan, apabila kita sentiasa dipertemukan dengan orang itu, seperti keadaan memahami apa yang tersirat di dalam hati. Situasi dimana kita sering dipertemukan atau mungkin ada saja saat berduaan. Dan apabila itu berlaku, seakan-akan perasaan menjadi tidak tentu hala. Inilah keadaan apabila kita mula mencintai seseorang. Apabila segenap perasaan mula menguasai diri, keberanian mula muncul untuk meluahkan segalanya dan berharap dia menerimanya. Tapi mungkin hanya tinggal kata sebab perasaan seseorang kita tidak boleh paksa. Kita terus menerus memendam perasaan itu dan berharap ianya hilang daripada lubuk hati. Penolakan itu datang dan meninggalkan kesan yang sukar dihilangkan.
Segala yang dulu menjadi 'rutin' terasa amat janggal untuk dilakukan. Kita tidak lagi memandangnya dengan cara yang sama. Hari-hari dilalui dengan pelbagai persoalan di minda, menantikan jawapan yang masih juga tidak kunjung tiba.
But always to remember this.
"Some days can be bad, sad, and terrifying. Don't lose your sleep at night over things that have happened in the day. Remind yourself that tomorrow will always be a better day."
-Iz-
Comments
Post a Comment