"Pengorbanan Itu"

Bagi ana, hijrah merupakan pengorbanan yang besar, di mana kita meninggalkan zaman jahiliah berubah kepada zaman redhaNya Allah.  Memang hijrah itu merupakan perkara yang amat susah untuk dilakukan kerana memerlukan pengorbanan dan menuntut kesabaran.

Dahulunya kita dilabel sebagai orang yang tiada pegangan agama, apabila kita mula berhijrah ada pula yang mengatakan kita penunggang agama. Apabila kita berubah disebabkan mahu dipuji masyarakat, hijrah itu cuma sia-sia. Hijrah tanpa ada niat yang ikhlas akan merubah kita menjadi orang yang lebih jahat dari sebelumnya. Niat yang ikhlas lahir dari lubuk hati akan memaparkan keindahan akhlak dan dimuliakan Allah. 

Bersabarlah saat diuji semasa hijrah, tetapkan dalam hati yang kita berubah adalah semata-mata mencari keredhaan dan keampunan Allah. Sudah lumrah alam, bila kita berhijrah tidak semua akan menyukai kita, ada saja yang mahu menjatuhkan kita. Ingat, hijrah itu ibarat kita berada di dalam hutan yang tebal mahu mencari jalan keluar. Bila kita ikut haluan yang betul, maka jalan itu akan membawa kita keluar. Jika tidak, maka kita akan tersesat selamanya.

Ana bersyukur ana masih diuji dengan dugaan dan ujian yang masih mampu ditanggung semasa proses hijrah. Sedangkan ramai lagi manusia di luar sana yang menanggung ujian yang lebih dahsyat dan berat dari apa yang pernah ana fikirkan. Bukanlah niat ana untuk membuka kisah keaiban dan meraih simpati kalian, bahkan tujuan ana cuma satu. Hanya untuk ana jadikan pelajaran dan pengajaran buat diri yang masih lagi belajar bertatih mengenal erti hidup. 

Sememangnya, hijrah itu mampu menerbitkan rasa syukur dan menyatakan perlunya manusia 'pulang' semula kepada Allah.

“Incredible change happens in your life when you decide to take control of what you do have power over instead of craving control over what you don’t.”
-Iz-

Comments