Virus Al-Isyq

Al-Isyq merupakan satu perasaan cinta terhadap orang lain secara berlebihan. Dalam kata lain, al-Isyq ditakrifkan sebagai cinta buta.

Itulah al-Isyq.

Saudaraku, 

Al-Isyq ini sangat berbahaya kepada kita semua. Ada dikalangan kita yang sanggup membunuh diri kerana cintanya ditolak dan ada yang menjadi gila kerana terlalu taksub kepada pasangannya. Adakah kita mahu menjadi seperti ini?

Tidak bukan? 

Ketahuilah, bahawa nafsu memiliki peranan bagai sang raja kerana itu membebaskan jiwa daripada kongkongan syahwat amatlah berat.

Tetapi,

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, sudah pasti Allah akan melindungi dan mencukupkannya.

Ya ana tahu mengelak daripada nafsu itu susah, tapi jika kita mengikut jejaknya nafsu. Apa bezanya kita dengan haiwan yang diciptakan Allah? Apa peranan kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini?

Ana tidak mahu membahaskan perkara ini, tetapi ana rasa perkara ini penting untuk diketahui ramai. Ana sedih bila komuniti sekitar rosak dek kerana dibutakan oleh cinta. Setiap hari ana mendengar, kes rogol, zina, membuang bayi dan macam-macam lagi sehinggakan ana mahu sahaja tidur di rumah.

Cinta itu apa sebenarnya? 

Adakah cinta itu sekadar pemuas nafsu manusia?

Nasihat ana kepada saudara ana di luar sana.

Saudara, jika kamu menjumpai pasangan yang betul-betul menyukaimu, dia akan menjaga kehormatanmu. Bukan sebaliknya.

Jika dia betul-betul serius dalam perhubungan, dia akan segera menghalalkan hubungan kerana baginya cintanya bukan hanya disini.

Selamatkan dirimu daripada al-Isyq sehingga boleh merosak kehidupanmu. Tiada alasan yang munasabah untukmu bersedih kerana dia meninggalkanmu.

Percayalah kepada Allah, jodoh telah ditentukan-Nya.

Yakinlah, pada suatu saat, kamu akan dipertemukan dengan seseorang yang akan menghargaimu.

Sesiapa yang meninggalkan yang belum halal untuknya, maka Allah akan memberi ganti yang terbaik.

Kata akhir daripada ana

"Love is not blind but love will leads to blindness"

                                                -Iz-

Comments