Kampung Tidak Berpenghuni

Aku pernah termimpikan tempat ini, tapi aku tidak mengingatinya.

"Argh! tempat apa ini?", aku menjerit sendirian

Aku menghantuk  kepalaku ke dinding beberapa kali sehingga berdarah, sungguh aku ingin mengimbas kembali apa yang terjadi kepada kampung itu.

Suasana tempat itu seperti sudah lama dibiarkan, seperti ada bencana yang maha dasyat sudah membadainya.

Aku berjalan dan terus berjalan di atas jambatan yang sudah pun hampir reput. Aku dengan berhati-hati berjalan, aku melihat banyak duit syiling lama berselerak di atas jambatan itu. Aku mengambil beberapa duit syiling, aku membeleknya.

"Tahun 1880", suaraku keluar perlahan.

Tiba-tiba ada suara muncul dari belakang aku, bulu romaku secara automatik meremang.
Aku memusing ke belakang, tiada siapa kulihat.

"Suara apa tadi?" aku bermonolog sendirian.

Ketika itu aku seorang saja, mungkin bunyi air laut yang sedang pasang, aku menyedapkan perasaanku sendiri. Aku melangkahkan kakiku ke sebuah rumah. rumah itu tiada tingkap dan pintu.

"Bismillah", aku melangkahkan kaki ke dalam rumah itu,

Sebaik sahaja aku memasuki rumah itu, hujan pun turun dengan lebatnya. Suasana gelap kini menyelubungi aku, aku terpaku seketika kerana aku seorang 'Achluophobia'.

"Mana semua orang?" aku mengalirkan airmata

Tiba-tiba ada bunyi tapak kaki mendekati aku, aku menutupi mulutku. Suasana masa itu amat gelap, tidak ada satu pun dapat kulihat. Aku mengigil ketakutan. Kini tapak kaki itu berhenti dihadapanku, bunyi nafasnya dapat kudengari.

Aku terjaga daripada tidur.

"Mimpi rupanya", aku menarik nafas lega

Tetapi masih ada persoalan bermain di minda, di mana tempat itu? Persoalan menanti jawapan.

bersambung...

Comments