Kebahagiaan
Bila kita berkata tentang kebahagiaan sahaja, banyak definisi yang akan diutarakan.
Ada yang berkata bahagia itu apabila kita mempunyai segala-galanya.
Ada juga yang berkata mempunyai kasih sayang yang secukupnya itu suatu kebahagiaan.
Sukar bukan untuk menentukan makna bahagia itu sendiri.
Bagi pandangan aku, makna bahagia itu adalah apabila kita bersyukur dengan apa yang kita miliki, berasa cukup dengan apa yang telah dikurniakan. Apabila musibah datang menerpa, kita tenang dan dapat menempuhinya dengan baik. Ada yang cuba menjatuhkan kita tapi kita sabar kerana kita tahu ada hikmah di sebaliknya, kita percaya Allah telah menentukan yang baik pada akhirnya.
Tapi mengapa sekarang kita sukar mencari bahagia ? Tepuklah dada, tanyalah hati
Aku bertanya pada seseorang.
"Kau bahagia tak sekarang?"
"Hmm, tak. Aku tengah bersedih, teman lelaki aku tinggalkan aku. Aku patah hati, aku tak boleh hidup tanpa dia. Hidup ini memang tak adil"
Aku menjawab.
"Tak mengapa kalau kau nak bersedih, kalau nak menangis, menangis sekarang. Keluarkan semua kesedihan yang kau alami, jangan anggap ini pengakhiran bagi hidup kau tapi anggapkan ianya suatu permulaan untuk kau melangsungkan untuk kehidupan seterusnya. Dan aku nak pesan jangan pernah menyalahkan takdir, ada benda yang kau suka, tapi sebenarnya ianya buruk bagi kau. Ada benda yang kau tak suka, tapi sebenarnya itulah yang terbaik. Jangan pernah putus asa kerana orang yang mudah putus asa adalah seperti orang yang mati sebelum mati, ingat pesan ini"
Mengapa bila kita tengah bersedih kita merasakan dunia tidak berpihak kepada kita?
Kerana pemikiran kita dipenuhi dengan perasaan serba salah dan negative emotions. Itulah penyebabnya. Bila kita bersedih, kita akan terus memencilkan diri. Menunjukkan sikap lemah kepada orang lain. Jangan begitu, bila bersedih. Sematkan dalam hati yang kesedihan cuma sementara. Jangan putus asa terhadap masalah yang datang, anggap sahaja ianya penguat untuk kita menghadapi kehidupan mendatang.
Aku teringat kata-kata ini,
"Adik bila sedih, tolong kuat ya. Jangan tunjukkan diri adik lemah depan orang ramai. Akak dah lalui bermacam dugaan, akak tak nak adik seperti akak. Mohon bersabar untuk seketika. Ingat biarpun ribut datang membadai, mesti ada pelangi selepasnya. Ianya menandakan sesudah kesulitan itu diselitkan kebahagiaan."
Aku menangis bila mendengar kata-kata ini, maknanya cukup mendalam. Hati seakan terasa kuat dan selalu ingin maju ke hadapan. Bila aku dilanda kesedihan ada beberapa perkara yang akan aku lakukan. Pertama aku cuba untuk menjauhkan diri aku daripada benda yang boleh merosakkan mood aku. Inilah cara yang paling berkesan.
Sampai bila kita nak bersedih? Ada pelbagai kebahagiaan di sekeliling kita, tak nak ke kita gapai kebahagiaan itu?

"You will never be happy if you continue to search to what happiness consists of. You will never live if you are looking for the meaning of life"
Comments
Post a Comment