Problema (n.)
Pernah tak merasa diri kita dipinggirkan oleh orang sekeliling?
Merasa diri tiada yang peduli, dunia seakan-akan kelam dan terpencil. Jika kita sendirian, pemikiran kita jadi seperti benang yang berserabut, tiada pedoman dan semangat untuk menjalankan kehidupan sehari-hari. Inilah saat dimana kita mula mempelajari kehidupan realiti.
Mungkin ada satu ketika, kita merasa down dan kita pun hilang kewarasan diri. Tapi hakikatnya, semua itu merupakan satu masalah yang sebesar biji sawi. Semua itu boleh diatasi kalau kita mempunyai prinsip dimana kita tidak mempedulikan dengan apa yang dikatakan oleh orang sekeliling. Kita muhasabah balik apa tujuan kita yang sebenar di atas muka bumi ini.
Mengapa perlu membuang masa memikirkan perkara yang tidak mampu memberi kita kebaikan tapi membebankan kehidupan kita?
Ibarat masalah itu seperti kita memegang gelas yang berisi setitik air. Pada mulanya, kita boleh memegangnya tanpa sebarang masalah. Tapi lama-kelamaan gelas itu akan menjadi berat dan kemungkinan tangan kita akan berasa sakit.
Konsep itu boleh digunakan kepada masalah, kita attach kepada masalah itu kerana kita fikir kita boleh hadapinya, then kita overthinking sehingga berhari-hari. Akibatnya emosi kita terganggu dan kehidupan tidak lagi seperti biasa. Rugi bukan?
Ada beberapa tips untuk orang menghadapi masalah.
Pertama, kenalpasti masalah itu, tak kiralah masalah kecil atau besar. Mengenalpasti masalah memudahkan kita untuk mencari penyelesaian. Kalau tidak, kita akan keliru dan masalah itu tidak akan ada habisnya.
Kedua, cari punca masalah, puncanya dari mana? dari siapa? mengapa masalah itu berlaku? Jangan ambil enteng perkara sebegini. Ini sebagai perisai kita jika kita dilanda masalah yang sama di masa hadapan.
Ketiga, selesaikan masalah dengan cara yang betul dan mengikut win-win situation, tiada yang terzalimi. Berbincang dan bermuwasyarah adalah perkara paling penting semasa berlakunya konflik. Face to face situations dapat mengelakkan cerita itu berpanjangan dan kita tidak akan mendapat nama yang buruk.
Kesimpulannya, semua orang di dalam dunia ini mempunyai masalah. Tak kira pangkat, usia, jantina dan macam-macam lagi semua mempunyai masalah. Tapi yang membezakannya adalah cara kita menghadapi masalah.
Always remember this,
"Every problem has a solution"
Comments
Post a Comment