Posts

Lata Berembun

Image
Gunung Berembun  Ketinggian :  1014 meter Lokasi : Kampung Pantai Baharu, Negeri Sembilan Alhamdulillah, pada kesempatan ini saya dapat menulis sebuah blog berkaitan pendakian saya baru-baru ini di Gunung Berembun yang terletak di Kg. Pantai Baharu berdekatan dengan Jelebu di Negeri Sembilan.  Apa yang menariknya dengan Gunung Berembun ini ? Memang tidak dinafikan, kita sebut sahaja berkenaan gunung-ganang mesti terlintas dalam pemikiran kita iaitu suasana yang sunyi dikelilingi permandangan hijau, hidupan liar, sungai-sungai yang jernih dan indah. Ya itu sudah semestinya suatu perkara yang telah dijanjikan oleh alam semulajadi jika kita menerokainya. Gunung Berembun adalah suatu destinasi yang sesuai untuk para pendaki di luar sana. Laluan yang agak santai dan ada beberapa trail yang mempunyai permukaan bumi menegak. Untuk sampai ke puncak memakan masa sekurang-kurangnya empat jam. Yang menariknya, sebuah bangkai pesawat...

Problema (n.)

Pernah tak merasa diri kita dipinggirkan oleh orang sekeliling? Merasa diri tiada yang peduli, dunia seakan-akan kelam dan terpencil. Jika kita sendirian, pemikiran kita jadi seperti benang yang berserabut, tiada pedoman dan semangat untuk menjalankan kehidupan sehari-hari. Inilah saat dimana kita mula mempelajari kehidupan realiti.  Mungkin ada satu ketika, kita merasa down dan kita pun hilang kewarasan diri. Tapi hakikatnya, semua itu merupakan satu masalah yang sebesar biji sawi. Semua itu boleh diatasi kalau kita mempunyai prinsip dimana kita tidak mempedulikan dengan apa yang dikatakan oleh orang sekeliling. Kita muhasabah balik apa tujuan kita yang sebenar di atas muka bumi ini. Mengapa perlu membuang masa memikirkan perkara yang tidak mampu memberi kita kebaikan tapi membebankan kehidupan kita? Ibarat masalah itu seperti kita memegang gelas yang berisi setitik air. Pada mulanya, kita boleh memegangnya tanpa sebarang masalah. Tapi lama-kelamaan gelas itu akan menjadi ber...

Kebahagiaan

Bila kita berkata tentang kebahagiaan sahaja, banyak definisi yang akan diutarakan.  Ada yang berkata bahagia itu apabila kita mempunyai segala-galanya. Ada juga yang berkata mempunyai kasih sayang yang secukupnya itu suatu kebahagiaan. Sukar bukan untuk menentukan makna bahagia itu sendiri. Bagi pandangan aku, makna bahagia itu adalah apabila kita bersyukur dengan apa yang kita miliki, berasa cukup dengan apa yang telah dikurniakan. Apabila musibah datang menerpa, kita tenang dan dapat menempuhinya dengan baik. Ada yang cuba menjatuhkan kita tapi kita sabar kerana kita tahu ada hikmah di sebaliknya, kita percaya Allah telah menentukan yang baik pada akhirnya. Tapi mengapa sekarang kita sukar mencari bahagia ? Tepuklah dada, tanyalah hati Aku bertanya pada seseorang. "Kau bahagia tak sekarang?" "Hmm, tak. Aku tengah bersedih, teman lelaki aku tinggalkan aku. Aku patah hati, aku tak boleh hidup tanpa dia. Hidup ini memang tak adil" Aku menjawab. ...

Kampung Tidak Berpenghuni II

Jadual pada hari itu padat sekali, ditemani cuaca yang agak panas terik. Tetapi aku gagahkan diriku untuk menempuhinya, setelah aku selesaikan tugasan aku pada hari tersebut. Aku pun bergegas pulang ke rumahku. Terasa penat dan mataku ingin menutup tirainya. Aku pun melelapkan mata. Apabila aku membuka mataku, aku sudah berada di tempat yang begitu gelap sekali. Aku terpaku seketika, ini seperti tempat lahirku. Susah ingin aku pastikan kerana suasana yang agak gelap ditemani bulan yang tengah mengambang. Agak samar-samar. Aku melihat sekeliling, rumah itu agak usang. Seperti sudah lama ditinggalkan, almarinya sudah pun roboh dan lantai berair sedikit sehingga mencecah tumit kakiku.  "Tempat apa ini?" aku menyoal diriku sendiri. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat lembaga berdiri tepat di hadapanku. Entah datang daripada mana.  Aku dengan pantasnya berlari keluar daripada rumah itu, jantungku berdegup dengan laju. Adrenalin aku mengalir dengan panta...

Kampung Tidak Berpenghuni

Aku pernah termimpikan tempat ini, tapi aku tidak mengingatinya. "Argh! tempat apa ini?", aku menjerit sendirian Aku menghantuk  kepalaku ke dinding beberapa kali sehingga berdarah, sungguh aku ingin mengimbas kembali apa yang terjadi kepada kampung itu. Suasana tempat itu seperti sudah lama dibiarkan, seperti ada bencana yang maha dasyat sudah membadainya. Aku berjalan dan terus berjalan di atas jambatan yang sudah pun hampir reput. Aku dengan berhati-hati berjalan, aku melihat banyak duit syiling lama berselerak di atas jambatan itu. Aku mengambil beberapa duit syiling, aku membeleknya. "Tahun 1880", suaraku keluar perlahan. Tiba-tiba ada suara muncul dari belakang aku, bulu romaku secara automatik meremang. Aku memusing ke belakang, tiada siapa kulihat. "Suara apa tadi?" aku bermonolog sendirian. Ketika itu aku seorang saja, mungkin bunyi air laut yang sedang pasang, aku menyedapkan perasaanku sendiri. Aku melangkahkan kakiku ke sebuah ...

Berdikari

Setiap orang ada persepsi sendiri mengenai "independent' itu sendiri, "Mama, berdikari itu apa sebenarnya?" aku bertanya kepada ibuku. "Berdikari itu bila adik mendapatkan sesuatu tanpa bantuan orang sekeliling adik, sebagai contoh bila mama dah tak ada nanti. Adik boleh melangsungkan hidup adik, masak sendiri, basuh baju sendiri, dan yang paling penting adik sudah bekerja dan ada duit sendiri." ibuku membalas "Ibu, janganlah cakap macam itu." aku yang sedang menaip tiba-tiba berhenti "Tahukan ibu, adik memang tak dapat hidup tanpa ada ibu" aku membalas lagi "Ya adik, ibu bagi contoh supaya adik mudah faham apa konsep berdikari itu sebenarnya. Ajal maut  dah jadi suatu kemestian bagi yang hidup, adik terima atau tak. Hakikat itu akan muncul juga, ibu harap sangat bila ibu dah tiada nanti adik dapat berdikari sendiri." "Ibu" aku bermonolog sendirian. Bagi aku, konsep berdikari itu adalah gaya hidup orang ...

"Pengorbanan Itu"

Bagi ana, hijrah merupakan pengorbanan yang besar, di mana kita meninggalkan zaman jahiliah berubah kepada zaman redhaNya Allah.  Memang hijrah itu merupakan perkara yang amat susah untuk dilakukan kerana memerlukan pengorbanan dan menuntut kesabaran. Dahulunya kita dilabel sebagai orang yang tiada pegangan agama, apabila kita mula berhijrah ada pula yang mengatakan kita penunggang agama. Apabila kita berubah disebabkan mahu dipuji masyarakat, hijrah itu cuma sia-sia. Hijrah tanpa ada niat yang ikhlas akan merubah kita menjadi orang yang lebih jahat dari sebelumnya. Niat yang ikhlas lahir dari lubuk hati akan memaparkan keindahan akhlak dan dimuliakan Allah.  Bersabarlah saat diuji semasa hijrah, tetapkan dalam hati yang kita berubah adalah semata-mata mencari keredhaan dan keampunan Allah. Sudah lumrah alam, bila kita berhijrah tidak semua akan menyukai kita, ada saja yang mahu menjatuhkan kita. Ingat, hijrah itu ibarat kita berada di dalam hutan yang tebal mahu men...